PANDUAN MENUNGGANG BASIKAL

Sebelum Menunggang Basikal

Pastikan:
  • Kesihatan anda berada terjamin sebelum menunggang basikal.
  • Basikal dalam keadaan baik dan selamat.
  • Memakai topi kaledar keselamatan.
  • Menunggang basikal di lorong tepi atau menggunakan lorong khas jika ada.
  • Memakai pakaian yang cerah nagi memudahkan pengguna jalan raya melihat anda.
  • Jangan menunggang basikal nergandingan.
  • Patuhi peraturan lalulintas jalan raya.
  • Memasang lampu basikal ketika waktu malam.
Semasa Menunggang Basikal

  • Memberi tumpuan yang sepenuhnya.
  • Berhati-hati di kawasan yang selalu berlakunya kemalangan.
  • Peka dengan keadaan jalan raya. (berlubang, selekoh, air bertakung, simpang & lln.)
  • Jangan menunggang basikal ketika di bawah pengaruh ubat yang dilarang Doktor.
  • Jangan berbual & merokok ketika menunggang basikal.
  • Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal)

  • Basikal tidak boleh di tunda mana-mana kenderaan ketika di atas jalan raya.
  • Basikal hendaklah ditunggang di sebelah kiri jalan.
  • Sesebuah basikal tidak boleh ditunggang berinringan melainkan di bawah pengawasan.
  • Sesebuah basikal tidak boleh digunakan untuk membawa orang lebih dari reka bentuknya.
  • Berat muatan tidak melebihi 18 kg atau mempunyai dimensi yang menyebabkan bahaya, halangan atau gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain.

 "Awasilah anak anda ketika berbasikal.
Jangan biarkan ank anda menunggang basikal bersendirian."

2 Response to "PANDUAN MENUNGGANG BASIKAL"

norsiahbabjeehamid said...

asalamualaikum.....aku masih ingat semasa mula-mula berbasikal pada tahun 1956-57,...di barack polis kepong semasa bapa sebagai ocs di sana.pertamakali aku jatuh dilereng bukit...habis lutut...berdarah...tetapi tak serek naik lagi....lama-lama berjaya pun...dan sejak pandai berbasikal dapatlah tugas baru dari ibu.Urusan membeli lauk di pasar,ke kedai....ke surau [now mesjid]mengaji dan kelas fardu ain......memang seronok gila....lots of freedom then.Tetapi abangku akan hilang dengan basikal tu saban hari....apalagi kalau tak dengan budak-budak memancing.....di forest simpanan tu...[FRIM}ada waterfall,pokok jambu bol[mesti you all tak kenal lagikan?]ada buah rambutan...aku pun selalu ditinggalkan ...tetapi tetap pergi dengan kawan-kawan..those were the days if only you know...tetapi now...changed...not secured anymore....all d best

Unknown said...

I like this thank you so much googel

Post a Comment