1. Kos
Basikal bukanlah sukan yang sebenarnya memerlukan pergorbanan belasan atau puluhan ribu ringgit. Jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang lebih banyak kita bazirkan untuk benda yang tak berfaedah…janganlah kita begitu berkira untuk membeli hanya sebuah basikal. Basikal boleh didapati seMURAH RM250.00 sahaja. Mungkin dalam kategori harga ini kita hanya boleh berkayuh sekitar kawasan kampung atau di dalam kawasan perumahan yang kita diami. Aku rasa ini adalah permulaan yang baik sebelum kita ‘melabur’ kepada basikal yang lebih mahal lagi atau yang lebih spesifik kepada cara atau minat kita (’road’ atau ‘mountain bike’).
2. Kemahiran
Basikal pada asasnya tidak memerlukan aku untuk mempunyai kemahiran yang tinggi, kecuali aku ingin menceburkan diri ke arah ‘free ride’, ‘trial bike’, ‘dual slalom’, ‘dirt jump’ dan sebagainya. Kemahiran mengayuh basikal telah ada, sejak aku di bangku sekolah lagi. Kemahiran ini juga boleh aku katakan, 90% penduduk dunia menguasainya. Tiada sebab untuk kita mengatakan, SUSAH untuk mengayuh basikal, kecuali MALAS atau memang kita dari kecil lagi tak tahu mengayuh basikal.
3. Kesihatan
Ini adalah sebab utama aku dan mungkin orang lain, mengapa kami berbasikal. Mungkin aku akan huraikan dengan lebih lanjut di dalam ‘part-part’ yang lain, tapi secara ringkasnya adalah:-
- Mengawal berat badan
- Baik untuk jantung dan keseluruhan sistem kardiovaskular
- Memperbaiki sistem imunisasi, otot tulang belakang dan lain-lain
Segala kebaikan ‘mengapa aku berbasikal’ hanya akan berhasil jika aku terus ‘istiqomah’ atau secara tetap dan konstan dan bukannya hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mungkin setiap hari aku perlu mencari motivasi untuk ‘ride’, tapi motivasi aku paling tinggi adalah ‘NAK SIHAT’ dan inilah sebab yang paling utama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Response to "MENGAPA AKU BERBASIKAL"
slm...kalu nk copy sy punya blog tak per...tapi sekurang-kurangnyer bagi ler credit mcm ni dari: http://haidilmustafa.com/blog/?p=183... anywy tq coz sama2 share sy punya pandangan..
Post a Comment