Event @ Putrajaya

sebanyak 300 unit basikal disewa semasa Hari Belia Negara di Putrajaya

deretan basikal yg disewa

Want to sell : QUALITY BICYCLES from Japan

PANDUAN MENUNGGANG BASIKAL

Sebelum Menunggang Basikal

Pastikan:
  • Kesihatan anda berada terjamin sebelum menunggang basikal.
  • Basikal dalam keadaan baik dan selamat.
  • Memakai topi kaledar keselamatan.
  • Menunggang basikal di lorong tepi atau menggunakan lorong khas jika ada.
  • Memakai pakaian yang cerah nagi memudahkan pengguna jalan raya melihat anda.
  • Jangan menunggang basikal nergandingan.
  • Patuhi peraturan lalulintas jalan raya.
  • Memasang lampu basikal ketika waktu malam.
Semasa Menunggang Basikal

  • Memberi tumpuan yang sepenuhnya.
  • Berhati-hati di kawasan yang selalu berlakunya kemalangan.
  • Peka dengan keadaan jalan raya. (berlubang, selekoh, air bertakung, simpang & lln.)
  • Jangan menunggang basikal ketika di bawah pengaruh ubat yang dilarang Doktor.
  • Jangan berbual & merokok ketika menunggang basikal.
  • Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal)

  • Basikal tidak boleh di tunda mana-mana kenderaan ketika di atas jalan raya.
  • Basikal hendaklah ditunggang di sebelah kiri jalan.
  • Sesebuah basikal tidak boleh ditunggang berinringan melainkan di bawah pengawasan.
  • Sesebuah basikal tidak boleh digunakan untuk membawa orang lebih dari reka bentuknya.
  • Berat muatan tidak melebihi 18 kg atau mempunyai dimensi yang menyebabkan bahaya, halangan atau gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain.

 "Awasilah anak anda ketika berbasikal.
Jangan biarkan ank anda menunggang basikal bersendirian."

MENGAPA AKU BERBASIKAL

1. Kos
Basikal bukanlah sukan yang sebenarnya memerlukan pergorbanan belasan atau puluhan ribu ringgit. Jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang lebih banyak kita bazirkan untuk benda yang tak berfaedah…janganlah kita begitu berkira untuk membeli hanya sebuah basikal. Basikal boleh didapati seMURAH RM250.00 sahaja. Mungkin dalam kategori harga ini kita hanya boleh berkayuh sekitar kawasan kampung atau di dalam kawasan perumahan yang kita diami. Aku rasa ini adalah permulaan yang baik sebelum kita ‘melabur’ kepada basikal yang lebih mahal lagi atau yang lebih spesifik  kepada cara atau minat kita (’road’ atau ‘mountain bike’).

2. Kemahiran
Basikal pada asasnya tidak memerlukan aku untuk mempunyai kemahiran yang tinggi, kecuali aku ingin menceburkan diri ke arah ‘free ride’, ‘trial bike’, ‘dual slalom’, ‘dirt jump’ dan sebagainya. Kemahiran mengayuh basikal telah ada, sejak aku di bangku sekolah lagi. Kemahiran ini juga boleh aku katakan, 90% penduduk dunia menguasainya. Tiada sebab untuk kita mengatakan, SUSAH untuk mengayuh basikal, kecuali MALAS atau memang kita dari kecil lagi tak tahu mengayuh basikal.

3. Kesihatan
Ini adalah sebab utama aku dan mungkin orang lain, mengapa kami berbasikal. Mungkin aku akan huraikan dengan lebih lanjut di dalam ‘part-part’ yang lain, tapi secara ringkasnya adalah:-
- Mengawal berat badan
- Baik untuk jantung dan keseluruhan sistem kardiovaskular
- Memperbaiki sistem imunisasi, otot tulang belakang dan lain-lain

Segala kebaikan ‘mengapa aku berbasikal’ hanya akan berhasil jika aku terus ‘istiqomah’ atau secara tetap dan konstan dan bukannya hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mungkin setiap hari aku perlu mencari motivasi untuk ‘ride’, tapi motivasi aku paling tinggi adalah ‘NAK SIHAT’ dan inilah sebab yang paling utama.

FOLDING BIKE


Type               : Folding
Rim                : Front 20", Rear 20"
Frame            : Steel
Transmissn   : Chain
Frame            : Steel
Transmissn   : Chain
Speed            : NIL
Lamp             : NIL
Price              : RM250.00

CLASSIC BIKE

Type                  : Classic
Rim                    : Front 26", Rear 26"
Frame                : Aluminium
Transmission      : Chain
Speed                : 3
Lamp                 : Auto Sensor
Price                  : RM500.00